Isnin, 9 November 2009

Studio Shooting

Hari ini ada sedikit kelapangan so hari nie saya nak share macam mana saya terlibat dalam ambil gambar studio. Mula-mula rakan saya www.flickr.com/photos/lyanglarharts yang bagi sedikit tips. Lepas tu apa lagi try and error bermula. First of all, saya tempah kain putih berukuran 13 kaki x 12 kaki buat background. Lightning saya guna 3 satu canon 380ex, nissin dan sunpark. Trigger saya beli tiga buang banyak juga duitlah tapi perasaan ingin tahu tu mengatasi segalanya. Saya buat juga dengan melantik 2 orang crew dan mulakan pencarian model.
Payah juga mencari model terutamanya budak sekolah karang tak pasal-pasal kena tuduh buat tidak senonoh. Jadi kerana ingin mencuba juga saya jadikan ini sebagai aktiviti persatuan F1inSchools sekolah kami untuk tujuan mengutip dana kelab. Green Light dari boss apa lagi happy biar pun penat tapi pengalaman itu bagi saya lebih bernilai. Lepas tu sudah ambil gambar studio terpaksa pula belajar editing. Tempahan untuk kelab banyak juga cecah 700 kpg penatnya nak edit dalam masa seminggu. Tapi practice make perfect kan semua orang tahu yang dorang tak tahu practice make demam pun ada. Tension juga aku………… tetapi sekurang-kurangnya misi aku Berjaya juga……….











Tiada ulasan:

Catat Ulasan