Ahad, 25 Oktober 2009

Portrait Project 3


Projek seterusnya buat sendiri kesinambungan portrait project cuba masih belajar untuk lighting project. model seterusnya diperkenalkan oleh farah atikah. so project berjalan di sekitar keningau juga. Rasanya selepas ini saya akan cuba untuk ambil gambar studio pulak sebab ini juga pandangan dari rakan-rakan supaya mencuba. so i think next project maybe studiolah.



Kalau ada sesiapa berminat untuk menjadi model boleh e-mail terus kepada saya.




Portrait Project 2 ( Farah Is Atika )


Percubaan kedua saya cuba untuk memasukan unsur lighting dalam pergembaran kali ini. Model bertudung cuba untuk di ambil untuk cari pengalaman. kalau asyik yang free hair dah test. Dalam pengambaran kali ini saya masih mengunakan camera canon 1000D, payung defuser, triger and speedlight canon. Kalau ada sifu-sifu yang membaca halaman ini di harapkan dapat memberi komen yang boleh saya manafaatkan dalam pergambaran seterusnya. Teringin juga nak join TT dengan sifu2 tapi duduk di pendalaman sabah nie sukar sedikit mencari seorang jurugambar yang pro ada pun di sedang berada di semenanjung. jadi life sebagai single photographer agak sukar. kalau dapat peluang insyallah akan cuba di manafaatkan. hasil gambar tersebut saya lampirkan di sini:

Sabtu, 24 Oktober 2009

Portrait Project



Project pertama yang saya rasakan perlu di buat ialah Portrait sebab saya rasa ini agak susah juga jika di bandingkan dengan mengambil gambar landskap. Kalau kita lihat di majalah gambar-gambar model nampak cantik dengan lighting yang menarik dan menawan hati. Tergerak di hati bolehkan satu hari nanti saya menjadi di kalangan mereka yang mampu menghasilkan gambar yang hebat-hebat dan menarik.
Setahu saya untuk mengambil gambar portrait bukan hanya mengambil gambar ala-ala pasport tapi ala-ala model pun boleh juga kita panggil sebagai portrait. Jadi ada dua pilihan outdoor atau indoor atau pun studio. benda yang agak mudah yang saya rasa ialah outdoor
Orang yang banyak mengajar saya tentang photography ialah lyanglarhaltz [AwanSetiawan]'s ( www.flickr.com/photos/lyanglarhaltz/ ) dalam editing pula saya banyak belajar dari GOMOGI PHOTOGRAPHY's ( www.flickr.com/photos/mazlan76 ). Ini antara hasil kerja saya semasa pergambaran selebihnya lihat di www.flickr.com/photos/azme










Rasanya ok ke tak. Saya masih lagi belajar waktu nie. masa ini lighting masih zero, ingatkan lighting hanya untuk waktu malam rupanya siang pun boleh bah. Tujuanya untuk memperlihatkan bahagian yang gelap dan benda yang ingin ditonjolkan. Jadi kepada siapa yang berminat untuk menjadi model boleh e-mail terus ke azmebudiman@yahoo.com .

Kamera Ku

Saya mula menunakan DSLR pada penghujung 2008 dengan membeli camera dari seorang kawan yang baru balik dari australia canon 1000D, lens 18-55mm dan 70-300mm masa tu harga masih RM 1900.00. Masa nie buta huruf betul main tembak je. shutter speed aku tak tahu apa kan benda lain. Tapi dengan nekad dan semangat aku belajar sikit2 dari kawan-kawan. dari sinilah dunia photograpy ku bemula. aku mula belajar sharpness, RO3, light trial dan macam-macam. syukur juga ada kawan-kawan yang rajin mengajar. Walau pun ilmu dalam bidang ini dirasakan masih nipis tapi aku akan cuba juga untuk mempelajari apa-apa yang patut.




canon 1000D






Selepas setahun makan tidur dengan camera Canon 1000D, saya merasakan banyak kekurangan kepada camera ini. maksudnya ia tidak dapat memenuhi kepuasan saya. jadi saya pun mengintai camera yang ingin dimiliki dengan budget yang agak terhad. Untuk memiliki satu camera fullframe mungkin jauh sekali. jadi saya cuba juga untuk berhijrah ke keluarga nikon yang dikatakan boleh tahan juga hebatnya. memandangkan saya sudah menambah gear untuk canon, jadi kalau berhijrah maka terpaksa membeli gear baru seperti lens dan speedlight. jadi saya mengambil keputusan untuk membeli model canon 50D. di harapkan keputusan ini tidak akan mengecewakan saya.

Canon 50D

Jumaat, 23 Oktober 2009

My Family And Me

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

Azme bin Budiman nama saya dan berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Teknik Keningau bermula tahun 2003. Berasal dari Kota Belud Sabah.
Mendapat pendidikan awal bermula di SK. Dudar, SK. Nanamun dan SK. Pendasan Kota Belud. Kemudian mendapat pendidkan menengah rendah di SMK Taun Gusi Kota Belud. Tamat tingkatan lima saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia dan mendapat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2000. Berkahwin dengan Noor Azarina Binti Ahmad asal Alor Gunung Kedah dan mendapat tiga orang cahaya mata.


my lovely family


Mohd Aizat Izzuddin

Nurul Izzah Dayana

Mohd Aisy Iskandar