Sabtu, 24 Oktober 2009

Portrait Project



Project pertama yang saya rasakan perlu di buat ialah Portrait sebab saya rasa ini agak susah juga jika di bandingkan dengan mengambil gambar landskap. Kalau kita lihat di majalah gambar-gambar model nampak cantik dengan lighting yang menarik dan menawan hati. Tergerak di hati bolehkan satu hari nanti saya menjadi di kalangan mereka yang mampu menghasilkan gambar yang hebat-hebat dan menarik.
Setahu saya untuk mengambil gambar portrait bukan hanya mengambil gambar ala-ala pasport tapi ala-ala model pun boleh juga kita panggil sebagai portrait. Jadi ada dua pilihan outdoor atau indoor atau pun studio. benda yang agak mudah yang saya rasa ialah outdoor
Orang yang banyak mengajar saya tentang photography ialah lyanglarhaltz [AwanSetiawan]'s ( www.flickr.com/photos/lyanglarhaltz/ ) dalam editing pula saya banyak belajar dari GOMOGI PHOTOGRAPHY's ( www.flickr.com/photos/mazlan76 ). Ini antara hasil kerja saya semasa pergambaran selebihnya lihat di www.flickr.com/photos/azme










Rasanya ok ke tak. Saya masih lagi belajar waktu nie. masa ini lighting masih zero, ingatkan lighting hanya untuk waktu malam rupanya siang pun boleh bah. Tujuanya untuk memperlihatkan bahagian yang gelap dan benda yang ingin ditonjolkan. Jadi kepada siapa yang berminat untuk menjadi model boleh e-mail terus ke azmebudiman@yahoo.com .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan