Ahad, 29 November 2009

Johnnie & Salvianah ( Pre-Wedding )


Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan dec 2009. Pre-wedding kali ini agak mencabar disebabkan musim tengkujuh jadi lokasi agak terhad. Jadual pergambaran pun terpaksa berubah dimana di waktu pagi jam 11.oo am studio manakala sebelah petang outdoor. Lokasi outdoor pula hanya 2 tempat iaitu perpustakaan keningau dan kawasan sawah padi. Saya dan gomogi terpaksa mencari angle yang sesuai untuk perpustakaan sebab belum pernah jadikan lokasi perpustakaan sebagai lokasi. Kami terpaksa datang awal iaitu jam 2.oo untuk memastikan angle yang cantik untuk kedua mempelai. Kami harapkan mereka berpuashati dengan hasil kerja kami. sebab kepuasan kami bukan hanya memperolehi wang tambahan tetapi yang penting kepuasan pelanggan di utamakan.




Sabtu, 28 November 2009

Kevin & Nini ( Pre-wedding )





Pre-wedding kali ini dengan pasangan Kevin & Nini memang menyeronokan. Bukan saja sesi pergambaran dengan cuaca yang baik tetapi penuh dengan lawak jenaka. pasangan happy go lucky ini memang menghiburkan, tak kering gusi di buatnya. Lokasi pilihan kali ini adalah sawah padi sahaja di sebabkan hari agak senja. Kami cuba merakamkan background awan senja kemerahan untu menwujudkan satu suasana yang agak romantik. seperti biasa kami mengambil gambar outdoor sebelah petang manakala studio sebelah malam. Pergambaran sebalah senja agak sedikit mencabar kerana memerlukan pencahayaan bantuan walaubagaimanapun ia tetap menyeronokan.

Vincent & Bell ( Pre-wedding )





Selepas selesai Zakaria & Renny ada mission baru pula pasangan kali ini Vincent & Bell pada 10/3/2009. Pasangan yang agak menyeronokan kerana kedua2 nya photogenik. Untuk pemilihan lokasi kali ini kami memilih Alex Chan Quarry keningau. Memang bestlah pemandangan yang cantik ditambah pula dengan 2 mempelai yang cantik gitu. Kali ini saya dan gomogi dan crew berkerja keras untuk menyiapkan gambar pengantin ini. Tini (makeup artis) pun boleh tahan penatnya bayangkan 3 set baju. Pergambaran bermula dari pagi jam 10.00 am hingga jam 2.30pm. sambung malam untuk studio photo boleh tahan penat tapi happy and puas hati. ini beberapa gambar yang dapat di kongsi bersama.








Zakaria & Renny ( Pre-wedding )



Setelah agak lama belajar mengenai komposisi, setting camera, angle saya pun mula terjun dalam bidang wedding photography. Pada mulanya bidang photography hanyalah di letakan sebagai satu hobby tetapi atas nasihat kawan seperjuangan saudara gomogi saya pun terus masuk ke dalam bidang ini bak kata " pepatah belum cuba belum tau " boleh dikatakan agak mencabar. wedding couple yang pertama ialah Zakaria & Renny dan kami berkerja under Maybridal keningaulah katakan. kelebihan kedua2 pasangan ini mudah memberikan kerjasama semasa sesi pergambaran dibuat. kami memilih kawasan pembinaan taman fajar, sawah padi dan studio sebagai background sebab kawasan luas dan pemandangan yang agak lain dari yang lain. Pergambaran pertama ini banyak memberikan pengajaran dan pengalaman yang paling menyeronokan.
















Isnin, 9 November 2009

Studio Shooting

Hari ini ada sedikit kelapangan so hari nie saya nak share macam mana saya terlibat dalam ambil gambar studio. Mula-mula rakan saya www.flickr.com/photos/lyanglarharts yang bagi sedikit tips. Lepas tu apa lagi try and error bermula. First of all, saya tempah kain putih berukuran 13 kaki x 12 kaki buat background. Lightning saya guna 3 satu canon 380ex, nissin dan sunpark. Trigger saya beli tiga buang banyak juga duitlah tapi perasaan ingin tahu tu mengatasi segalanya. Saya buat juga dengan melantik 2 orang crew dan mulakan pencarian model.
Payah juga mencari model terutamanya budak sekolah karang tak pasal-pasal kena tuduh buat tidak senonoh. Jadi kerana ingin mencuba juga saya jadikan ini sebagai aktiviti persatuan F1inSchools sekolah kami untuk tujuan mengutip dana kelab. Green Light dari boss apa lagi happy biar pun penat tapi pengalaman itu bagi saya lebih bernilai. Lepas tu sudah ambil gambar studio terpaksa pula belajar editing. Tempahan untuk kelab banyak juga cecah 700 kpg penatnya nak edit dalam masa seminggu. Tapi practice make perfect kan semua orang tahu yang dorang tak tahu practice make demam pun ada. Tension juga aku………… tetapi sekurang-kurangnya misi aku Berjaya juga……….