Ahad, 25 Oktober 2009
Portrait Project 3
Portrait Project 2 ( Farah Is Atika )
Sabtu, 24 Oktober 2009
Portrait Project
Setahu saya untuk mengambil gambar portrait bukan hanya mengambil gambar ala-ala pasport tapi ala-ala model pun boleh juga kita panggil sebagai portrait. Jadi ada dua pilihan outdoor atau indoor atau pun studio. benda yang agak mudah yang saya rasa ialah outdoor
Orang yang banyak mengajar saya tentang photography ialah lyanglarhaltz [AwanSetiawan]'s ( www.flickr.com/photos/lyanglarhaltz/ ) dalam editing pula saya banyak belajar dari GOMOGI PHOTOGRAPHY's ( www.flickr.com/photos/mazlan76 ). Ini antara hasil kerja saya semasa pergambaran selebihnya lihat di www.flickr.com/photos/azme
Rasanya ok ke tak. Saya masih lagi belajar waktu nie. masa ini lighting masih zero, ingatkan lighting hanya untuk waktu malam rupanya siang pun boleh bah. Tujuanya untuk memperlihatkan bahagian yang gelap dan benda yang ingin ditonjolkan. Jadi kepada siapa yang berminat untuk menjadi model boleh e-mail terus ke azmebudiman@yahoo.com .
Kamera Ku
Selepas setahun makan tidur dengan camera Canon 1000D, saya merasakan banyak kekurangan kepada camera ini. maksudnya ia tidak dapat memenuhi kepuasan saya. jadi saya pun mengintai camera yang ingin dimiliki dengan budget yang agak terhad. Untuk memiliki satu camera fullframe mungkin jauh sekali. jadi saya cuba juga untuk berhijrah ke keluarga nikon yang dikatakan boleh tahan juga hebatnya. memandangkan saya sudah menambah gear untuk canon, jadi kalau berhijrah maka terpaksa membeli gear baru seperti lens dan speedlight. jadi saya mengambil keputusan untuk membeli model canon 50D. di harapkan keputusan ini tidak akan mengecewakan saya.